Sunday, July 29, 2012

Ritual manusia

Rohingya di Burma, Assam di India dan Syria di Timur Tengah. Jika diselak muka akhbar, ketiga tiga negara dan daerah ini pada waktu ini memenuhi ruang akhbar harian. Saban hari pasti akan ada angka kematian yang dicatat disertakan butiran butiran kekejaman yang dilakukan. Kadang kala cerita dibelakang berita ini cukup menggerunkan.

Ketiga tiga malapetaka yang berlaku ini berhubung kait dengan agama dan etnik, kepercayaan dan adat. Manusia berkait rapat dengan agama sama ada alim atau tidak itu perkara nombor dua. Sembahyang atau tidak rata rata manusia enggan dicap sebagai 'non believer' kerana sudah dibesarkan dengan pahala, dosa, syurga dan neraka. Walaubagaimana pun, itu bukan persoalan pokok.

Setiap agama yang kita anuti, mengajar kepada kebaikan, 'moral values' 'moral teachings' dan macam macam lagi perkara kebaikan yang diajar oleh para nabi, anbia, paderi, dan rabbi. Jadi jika perkara asas itu merujuk kepada kebaikan samakan manusia sanggup berbunuhan antara satu sama lain?

Disini Rumi telah meyebut, tiada medium antara manusia (individual) itu dengan yang Maha Esa. Tiada Imam, tiada Rabbi mahupun paderi yang boleh membawa kita rapat kearah Tuhan yang Maha Kuasa.

Jika dihalusi, Rumi telah merangka bahwasanya, manusia itu akan terus melakukan porak peranda kerana agama dan sejarah telah membuktikan, peperangan dan perkelahian yang berlaku ataupun yang telah berlaku, tercetus akibat agama dan kepercayaan. Akan tetapi, tulisan ini bukanlah untuk menyalahkan agama itu atas apa yang terjadi.

Agama yang pada asalnya menyeru umat manusia untuk melakukan kebaikan telah diguna pakai untuk tujuan promosi. Promosi ini telah dirangka secara terperinci untuk menghalalkan perang. Perang yang dihalalkan ini ditambah dengan cogan kata "Jihad" atau "Holy War". Dengan cara ini agama telah dijual secara meluas dan cogan kata "Jihad" itu telah menjadi satu alat mempromosikan perang secara halal.

Agama juga adalah 'bahan' yang paling mudah untuk dijadikan rasa kebencian. Rasa kebencian ini pula akan dicampur aduk dengan sebatian "agama aku adalah agama yang akan membawa kamu ke syurga". Sebatian kedua dua unsur ini telah diguna pakai untuk memperkasakan perang.
 

Pembunuhan yang berlaku diketiga-tiga tempat ini secara jelas menunjukkan salah guna agama (walaupun di Syria konflik yang tercetus bukanlah diatas dasar sunni dan syiah akan tetapi telah disalah erti oleh sesetengah kelompok masyarakat) diatas dasar untuk membuktikan agama siapa yang lebih benar dan agama yang bakal membawa jalan ke syurga. Yang menjadi mangsa adalah golongan yang tertindas, miskin, wanita, anak kecil dan orang tua. Golongan ini pada zahirnya adalah golongan yang paling banyak melakukan ritual keagamaan akan tetapi juga golongan ini telah menerima padah yang maha dahsyat.

Sehubungan itu, jika kita manusia yang bersembahyang, janganlah hanya bersembahyang, carilah initipati dari ritual itu. Apa yang diucapkan ketika ritual itu wajib diguna pakai didalam kehidupan seharian. Janganlah asyik memikir akan pahala dan syurga kerana itu bukan urusan kita. Lakukanlah sesuatu yang boleh membawa kepada manfaat. Soal wajib nya disini adalah untuk melakukan kebaikan tidak kira apa jua kepercayaan yang kita anuti bahkan jika seorang athiest kita juga wajib melakukan kebaikan.

Perjuangan kelas manusia tidak terbatas antara agama. Nyawa setiap insan itu tidak boleh dijual beli atas apa jua alasan. Kehidupan setiap manusia itu juga tidak boleh disalah erti hanya kerana mereka mempunyai ritual mereka sendiri. Jiwa manusia yang hidup adalah jiwa manusia yang mengenali antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment